Tuesday, 28 February 2017

Pertanyaan Bagi UPU

1) Boleh ke update lagi UPU? Sebab dah tersend haritu.
- *Boleh!* Tahun ni tiada lagi ketetapan sebanyak 3 kali pengemaskinian, tapi _unlimited_. Ini supaya calon mendapat masa secukupnya untuk menerima maklumat tentang IPTA di Malaysia agar senang membuat pilihan semasa memohon UPU nanti.

2) Nombor pin saya hilang! Boleh beli lagi ke?
- *Boleh!* Sebab dah pun generated melalui nombor IC, jadi nombor pin adalah sama. TETAPI disarankan untuk simpan/catat nombor pin tu dalam buku nota/sticky note/ ambil gambar supaya takdelah membazir beli lagi nombor sama lepastu nak beratur pulak menunggu. (+ takpayah nak bayar extra 6% GST tu huhu)

3) Result trial ni digunapakai lagi ke masa nak apply UPU?
- Result trials hanya digunakan sama ada untuk permohonan ke IPTS atau biasiswa dari agensi/kolej swasta, *bukan* untuk permohonan UPU. :)

4) Boleh ke kalau nak apply semua 8 pilihan tu satu atau dua universiti sahaja?
- *Boleh*. Sebab pilihan terletak pada calon. Tetapi disarankan juga agar calon mempertimbangkan kewujudan IPTA lain yang menawarkan program sama yang diidamkan. :)

5) apa beza Asasi dengan Diploma ni? Boleh ke apply dua2 masa UPU?
- Boleh search dekat Google untuk lebih spesifik, tetapi jangkamasa program Asasi adalah lebih pendek berbanding diploma iaitu selama 1-2 tahun, diploma pula 2.5 hingga 3 tahun bergantung kepada program yang ditawarkan, juga bergantung pada universiti yang menawarkan program asasi dan diploma tersebut.

6) Kenapa sesetengah course ada #?
- "#" bermaksud calon akan ditapis melalui temuduga yang akan dijadualkan sekiranya dipilih menjalani temuduga tersebut. Oleh sebab itu ada pilihan _ZON TEMUDUGA_ di bawah pilihan UA, di mana anda dikehendaki memilih zon mana yang anda hendaki untuk menjalani temuduga program yang anda pilih.

Kurang faham? Okay contohnya macam ni.

_Amy telah memohon program *DIPLOMA DALAM KOMUNIKASI DAN MEDIA* di UiTM. Semasa menyemak keputusan permohonannya setelah diumumkan, dia telah ditawarkan untuk menghadiri *sesi temuduga* bagi program tersebut. Oleh kerana Amy telah memilih *Zon Tengah*, Amy dikehendaki menghadiri sesi temuduga di UiTM Kampus Puncak Alam di Shah Alam._

7) Okay, saya tahu and saya nak pilih course yang kena hadiri temuduga ni. Tapi kenapa pilihan 5 takde course tu? Saya refresh tapi takde pun?
- Program yang dikehendaki untuk proses temuduga hanya terdapat dalam pilihan 1-4. Pilihan 5 sehingga 8 tiada program bertanda #. Telah pun dinyatakan dalam syarat dan tips UPU. Baca semua dahulu, hadamkan elok2 then only awak apply.

8) Kalau nak apply lepas dapat result takpe ke? Saya tak beli lagi nombor pin.
- Tiada masalah.

9) kenapa semasa saya memohon UPU tiada universiti yang saya nak apply? Bukan semua universiti ada course sama ke?
- tidak semua universiti menawarkan program yang serupa. Mungkin universiti yang awak mahukan tidak menawarkan program yang awak kehendaki. Jangan risau, wujud lagi universiti lain yang sama hebatnya :)

10) ada choice "terima tawaran lain selain pilihan di atas". Patut saya setuju atau tak?
- Bergantung pada anda.

Kalau anda pilih *Ya*, anda turut bersetuju untuk ditawarkan ke program dan universiti berlainan sekiranya kelapan-lapan pilihan anda tidak berjaya diterima.
Contohnya, sekiranya anda memohon untuk program dalam bidang kejuruteraan, perubatan dan undang-undang, tetapi kesemua pilihan anda tidak diterima, secara automatik dan bergantung pada kekosongan anda akan ditawarkan program yang berbeza seperti program dalam bidang architecture dan keputusan tawaran adalah MUKTAMAD.

11) Kalau saya dapat universiti/pilihan yang saya tak berapa suka, boleh tak saya tukar balik?
- kebiasaannya tidak boleh dan keputusan adalah muktamad. Namun mungkin anda boleh buat rayuan. Saranan saya adalah supaya anda redha dengan program yang ditawarkan. Yakin dengan ketentuan-Nya :)

12) betul ke penglibatan dalam kokurikulum ni play a big part dalam kemasukan kita ke universiti?
- tidak boleh disahkan. Namun ia boleh memainkan peranan dalam meninggikan peluang kemasukan ke universiti yang diidamkan. Ini kerana ada yang memandang penglibatan kokurikulum murid dalam bidang tertentu sebagai suatu kelebihan kepada universiti tersebut. Terdapat beberapa kes perbandingan di mana antara murid yang mencapai keputusan _straight As_ dan hanya 4A, murid yang mendapat 4A terlebih dahulu mendapat tawaran kemasukan ke IPTA kerana lebih aktif dalam kokurikulum iaitu penglibatan aktif dalam aktiviti lisan seperti drama, debat dan sebagainya. Namun sekali lagi, bergantung kepada rezeki, insyaAllah :)


If there are any more enquiries about UPU, do let us know. But it is best for you to do your own research first instead of depending on our help. Kalau tekan butang search, there are a lot of Q&A about UPU. Unless it is a thing that is not found on google, then we are more than happy to help :)

10 comments:

  1. Bang nak tanya la kalau markah merit 69 kira bagus ke x?

    ReplyDelete
  2. alamat tu mesti sama dengan ic ke?

    ReplyDelete
  3. Naked tanya dalam upu sahib pilih 5 jurusan. Saya sudah 4 jurusan bagi perubatan tetapi yang kelima saya tidak dapat memilih perubatan Walupun layak. Kenapa dan apa saya perla buat.

    ReplyDelete
  4. Nak tanya, kalau dah terpilih Zon Tengah sebagai tempat temuduga, boleh tak nak temuduga di tempat lain? Contohnya sy nak buat temuduga di Zon Sarawak atas sebab yg tak boleh dielakkan.

    ReplyDelete
  5. Nak tanya, jika saya dah masuk universiti bolehke saya memohom sekali lagi upu tetapi dalam keadaan masoh belajar di universiti..dan kalau dapat memohom apakah resiko tersebut yg kemungkinan saya hadapi

    ReplyDelete
  6. salam nak tanya , saya dah isi semua maklumat diri dan tinggal maklumat pilihan program sahaja yang perlu saya isi tapi bila nak isi pilihan program tu tiba-tiba pilihan program tak keluar. Macam mana yer ?

    ReplyDelete
  7. salam nak tanya kenapa ada course yang takde dalam list

    ReplyDelete
  8. Caesars Casino New Jersey - DrMCD
    The casino 속초 출장샵 opened 강릉 출장샵 in September 2008. The new gaming space brings 포항 출장마사지 in more than 익산 출장샵 600 목포 출장안마 of the state's favorite slot machines and table games. The Caesars

    ReplyDelete