Tuesday, 28 February 2017

Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Jun 2017

Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Sesi Jun 2017

1. Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan ke Politeknik Sesi Jun 2017 bagi program Diploma, Pra Diploma dan Sijil Kemahiran telah dibuka.

2. Link permohonan telah dikemaskini di Portal Pengambilan (www.politeknik.edu.my).

3. Maklumat permohonan adalah seperti berikut:

Lepasan SPM 2014 ke atas:
Permohonan melalui laman web upu.mohe.gov.my. Pemohon perlu membeli No Pin berharga RM15.60 di BSN. Calon yang berminat untuk ke program Pra Diploma boleh mengisi permohonan di laman web www.politeknik.edu.my.

Lepasan SPM 2013 ke bawah:
Permohonan melalui laman web www.politeknik.edu.my. Pemohon perlu membeli No Pin berharga RM15.60 di BSN.

Lepasan selain SPM (Sijil Kolej Komuniti/SKM/ILKA):
Permohonan melalui laman web www.politeknik.edu.my. Pemohon perlu membeli No Pin berharga RM15.60 di BSN.

Lepasan Sekolah Pendidikan Khas:
Permohonan melalui laman web www.politeknik.edu.my. Permohonan adalah percuma (tidak perlu beli No Pin).

4. Tarikh tutup permohonan 31 Mac 2017.

No comments:

Post a Comment