Tuesday, 28 February 2017

Kisah Seram : Gangguan Langsuir

Janganlah korang letakkan ketakutan yang melampau kepada mereka kerana mereka juga ingin menumpang kasih, bermanja, bergurau senda, dan telah diciptakan sebegitu rupa untuk menguji sejauh mana keimanan dan ketakwaan korang kepada Allah SWT. Pada kali ini aku nak berkongsi kisah mengenai Langsuir yang pernah mengganggu dan selalu mendatangkan kesusahan sekiranya aku terserempak dengan mereka. Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim aku zahirkan cerita ini.

Daripada pemerhatian aku, Langsuir ini boleh dikategorikan sebagai sub spesies kepada Pontianak tetapi dalam versi ‘HARDCORE’. Penilaian seram berdasarkan rating pula berada pada skor 4/5. Berada pada skor tinggi kerana boleh menyusahkan, membebankan, dan mendatangkan kesengsaraan akibat diganggu secara melampau dan berterusan. Jeritan dan pekikan suaranya tersangatlah bingit dan kuat. Dia boleh bertukar rupa menjadi seorang perempuan tua yang sangat hodoh ataupun berubah menjadi seorang gadis yang sangat ayu dan jelita dalam masa yang singkat sahaja. Dia boleh menggoda mangsanya dengan mudah dan mempunyai tipu helah yang sangat hebat. Mangsanya boleh jatuh sakit, trauma, dan ada sesetengah kes boleh mendatangkan kecelaruan minda, delusi, dan halusinasi melampau (Skizofrenia).

Aku sebolehnya ingin mengelakkan diriku daripada bertemu dengannya kerana keangkerannya adalah berbeza dari makhluk-makhluk halus jenis lain yang biasa aku temui. Aku boleh diibaratkan seperti menyeru dirinya datang kepadaku dengan menulis cerita ini. Setiap lafaz kata yang membabitkan namanya jika disebut dengan berulang kali boleh menyebabkan dia datang tanpa diundang. Sekiranya korang tiba-tiba terdengar seperti jeritan dan pekikan perempuan yang sangat kuat di tengah-tengah malam, berkemungkinan seekor Langsuir sedang berkeliaran mencari mangsanya dan jangan bimbang kerana pada waktu tersebut dia berada pada jarak yang sangat jauh dari lokasi korang. Walaubagaimanapun jangan sesekali ditegur dari mana datangnya punca suara tersebut kerana sejarah yang melibatkan diriku dengannya telah membuktikan bahawa dia mempunyai pendengaran yang sangat sensitif dan peka apabila terdengar ada orang sedang menyebut namanya.

Dia akan muncul tanpa dipinta apabila dirinya diseru-seru. Kelajuannya bergerak adalah seperti Pontianak. Dia boleh terapung, terbang, dan berjalan dengan pantas. Manakala sekiranya korang terdengar bunyi jeritan dan pekikan suara perempuan yang halus dan tidak kuat maka yakinlah bahawa Langsuir tersebut sedang berada di situ dan kebiasaannya dia akan memerhatikan wajah mangsanya sambil bermain-main dengan kukunya yang tajam. Ada kalanya dia tidak menjerit dan terpekik sebaliknya dia menangis dan sekiranya korang terdengar bunyi tangisan perempuan di situ maka bersiap sedialah kerana dia hendak memunculkan jasadnya di depan korang. Penampilannya adalah seperti seorang perempuan, kulitnya berkedut-kedut dan pucat lesi, berambut panjang, bermata sepet, bertaring, lidah terjulur keluar, berkuku tajam, dan berjubah putih. Baunya hanyir seperti darah, masam, dan sedikit hapak. Dia boleh menjelma pada bila-bila masa dan di mana sahaja walaupun di siang hari.

Langsuir wujud di semua tempat di dunia. Ciri-ciri fizikal, perangai, dan habitatnya adalah sama. Lokasi tempat tinggalnya adalah di dalam hutan, semak, kubur, dan di rumah/bangunan kosong. Perangainya juga sama seperti Pocong dan Pontianak iaitu gemar memasuki rumah manusia dan membuat lawatan sambil mengacau penghuninya terutamanya pada waktu malam. Kehadirannya dapat dikenalpasti apabila korang terdengar seperti bunyi orang berjalan kaki di luar rumah/bilik,
bunyi ketukan pintu rumah/bilik,
bunyi seperti air paip sedang mengalir di dalam bilik mandi, tandas, ataupun di dapur.
Penampakan helaian rambut panjang yang gugur di dalam tandas juga adalah bukti bahawa dia berada di situ. Kebiasannya mrk akan menginap secara percuma di bilik-bilik kosong yg tidak digunakan seperti di rumah/hotel/chalet/homestay.

Bunyi orang bersiul dan bunyi seperti ular berdesir juga merupakan salah satu dari tanda bahawa dia berada di situ. Makanan dan minuman akan cepat basi sekiranya dia berada di situDia juga jenis suka bergurau senda secara agresif di mana dia akan menakutkan2kan mangsanya dgn mengalihkan brg,
menjatuhkan brg2,
Menguis3 muka mangsanya yg sdg tidur/berbaring dengan mengibaskan rambutnya,
serta boleh mengganggu sistem bekalan elektrik dan elektronik dgn jayanya.
Di sini aku akan bercerita mengenai pengalamanku ketika kali pertama bersuai kenal dgnnya. Ceritanya agak pjg tetapi terperinci.
Sekiranya korg tidak mahu membacanya dipersilakan utk beredar krn aku hanya ingin berkongsi pengalaman yg aku pernah lalui dahulu.

Ceritanya begini.
pada tahun 2005 ketika tengah menunggu keputusan peperiksaan SPM,
aku bekerja sementara sebagai pembuat batu nisan dan kepok kubur di sebuah bengkel yg berdekatan dgn rumahku.
Aku dianggap legenda dikalangan sahabat-sahabatku krn pada usia yg begitu mentah aku sanggup berkecimpung di dlm bidang yg boleh dikatakan agak tidak sesuai dgn usiaku pada waktu itu.
Walaupun gajinya tidaklah seberapa mana ttp yg penting ianya halal dan dalam masa yg sama aku mendapat kemahiran dlm menghasilkan binaan batu nisan,
kepok, & struktur kubur.
Byk kisah seram yg diceritakan oleh majikan dan rakan sekerja yg lain kepadaku.

Apa yg mrk ceritakan ada yg betul dan ada yg spt ditokok tambah krn sebagai insan yg dianugerahkan dgn pancaindera keenam aku jarang melihat jelmaan yg menakutkan sepanjang berada di situ.
Kadang2 kami semua terpaksa bekerja sehingga lewat malam untuk menyiapkan tempahan yang dipesan oleh pelanggan.
Tugasku ketika itu adalah menuang simen ke dalam acuan nisan dan kepok.
Tugas yg agak mencabar dan memerlukan kesabaran yg tinggi. Sekiranya tersilap langkah,
batu nisan dan kepok tersebut boleh retak dan tidak mampu bertahan lama lebih2 lagi apabila selalu dimamah haba matahari.

Pada suatu hari seorang pelanggan wanita telah datang ke bengkelku sambil membawa sepasang batu nisan yang agak buruk dan berkulat untuk tujuan pembersihan dan pembaikan semula. Majikanku telah menyerahkan tugas itu kepadaku dan dia memberi tempoh selama empat hari untuk aku menyiapkan batu nisan itu.
Tugas tersebut adalah mudah krn untuk membersihkan batu nisan tersebut aku hanya perlu merendamkannya ke dalam larutan minyak tanah yg dicampur klorin dan memberusnya dengan berus sabut untuk menghilangkan daki dan kulat.
Ketika aku kusyuk memberus nisan yang pertama,
bulu romaku tiba-tiba berdiri dengan sendirinya dan aku ternampak satu entiti putih bercangkung di sebelah kananku sambil mengilai halus.

Aku beranggapan bahawa itu adalah seekor pontianak dan aku menyuruh dia beredar dari situ secepat mungkin kerana aku ingin menyiapkan kerjaku tanpa diganggu.
Kbiasaanya pontianak akan beredar selepas aku menghalaunya tetapi situasi kali ini berbeza.
Hilaiannya yg berselang seli dgn tangisan yg kuat telah menyebabkanku hilang fokus pada kerja.
Aku berhenti sebentar lalu aku amati rupanya dengan teliti dan aku dapati wajahnya berbeza daripada pontianak yg biasa aku temui,
matanya agak sepet,
muka kelihatan pucat lesi seperti mayat, bertaring dan lidah terjelir-jelir,
Manakala kukunya begitu tajam dan panjang.

Aku benar-benar terkejut,
mana mungkin seekor pontianak berpenampilan seperti itu.
Bulu romaku meremang seremang-remangnya,
peluh melencun membasahi baju,
jantung berdegup kencang,
Dan dalam keadaan terkebil-kebil aku membaca ayat Qursi sambil merenung tepat ke matanya. Dalam masa yg sama dia mula berdiri lalu terapung dan bergerak perlahan ke arahku,
kedua-dua tangannya dihalakan ke leherku,
dia memegang leherku dan mula mencekikku. Manakala lidahnya menjilat2 mukaku dgn rakusnya.
Aku berasa geli krn lidahnya begitu kesat spt pasir dan berbau darah.
Dgn tenaga yg ada aku menolaknya dan melepaskan beberapa tumbukan padu ke dadanya sambil melaungkan kalimah Allahuakbar.

Dia menjerit dan mengilai dengan begitu kuat sambil terbang keluar menerusi lubang tingkap yang terdapat di belakang bengkel tersebut.
Sejurus itu aku merasa begitu sakit di sekeliling leherku lalu aku berlari menuju ke tandas lantas membasuh muka serta leherku.
Aku terus berjumpa dengan majikanku dan memohon utk pulang awal krn berasa tidak sihat.
Aku sampai ke rumah ketika waktu maghrib dan aku beritahu pada Tok Wan ttg kejadian yg telah berlaku itu. Menurutnya makhluk yang menggangguku itu adalah seekor Langsuir.
Tok Wan memberiku minum segelas air putih yg telah dirukyahkan dan aku dinasihatkan untuk sentiasa berada dalam keadaan berwuduk supaya tidak berlaku sebarang gangguan dari makhlus halus.

Pada tengah malamnya,
badanku terasa begitu panas seperti berada di dlm ketuhar pemanggang,
Leherku berdenyut2 kesakitan.
Aku memberitahu kepada ibu dan bapaku tentang kesakitan yang sedang aku alami itu dan mereka terus membawaku ke hospital.
Pada waktu itu aku mengesyaki mungkin langsuir tersebut mempunyai bisa atau racun di tangannya ketika dia mencekikku.
Doktor yang memeriksaku menyatakan bahawa suhu badanku adalah normal dan apabila dia memeriksa leherku dia melihat terdapat kesan lebam dan merasakan seperti terdapat beberapa biji ketulan keras berada di leherku.
Dia mengesyaki terdapat ketumbuhan dan dia mencadangkanku untuk dirujuk kpd pakar ENT (Ear,
Nose, & Throat).
Doktor itu bertanya lagi punca sebenar mengapa leher aku menjadi begitu tetapi aku terpaksa berbohong dgn mengatakan bahawa leherku tersepit di celah tingkap kereta pada petangnya.

Dia tergelak besar apabila mendgr penjelasan tersebut skiranya aku berterus terang aku mungkin dianggap gila ataupun berada di bawah pengaruh dadah dan sbg seorg yg profesional mana mungkin dia boleh percaya bulat2 dgn cerita yg sbnr.
Aku kemudiannya ditahan semalaman di wad dan pada keesokannya aku telah dibawa berjumpa dgn doktor pakar ENT tersebut.
Doktor tersebut mengambil sampel darah dan sampel air liurku untuk ujian di makmal kimia.
Ujian X-Ray juga dilakukan dan hasil drpd ujian X-Ray tersebut menunjukkan terdapat dua biji ketulan kecil berada di dlm leherku.
Menurut kata doktor itu,
ketulan tersebut adalah nodus2 limfa yg membengkak akibat serangan kuman yang banyak dan tanda lebam tersebut mungkin terjadi akibat anemia.

Dia berpendapat berkemungkinan besar aku menghidap penyakit Leukimia. Penjelasan yg diberikan oleh doktor itu bagaikan panahan halilintar kpd diriku.
Leukimia?
Aku terkejut dan sedih ttp dlm masa yg sama aku berfikir positif krn aku yakin ketulan tersebut itu terjadi akibat kuman dari langsuir tersebut.
Aku telah discaj dari wad pada hari tersebut dan aku dibekalkan ubat penahan sakit, antibiotik,
dan krim sapu utk leherku itu.
Keputusan utk sampel darah dan air liur hanya akan diketahui dlm tempoh tiga hari lagi.

Kata2 doktor tersebut terus ligat bermain di dlm fikiran,
aku terus positif dan positif walaupun dilanda resah.
Keluargaku juga terkejut akan perkhabaran itu dan mrk tidak dpt menerima hakikat bahawa aku berkemungkinan menghidap Leukimia.
Aku menyumpah seranah pada langsuir tersebut krn punca kepada penyakit ini mmg berkaitan dgn kejadian tempoh hari.
Selagi hasil keputusan ujian tersebut belum keluar selagi itulah aku tidak senang duduk. Walaupun aku mendapat cuti sakit ttp aku tetap ke bengkel utk menyiapkan kerjaku yg belum selesai itu. Majikanku iaitu Wak Farid terus bertanyakan ttg keadaan kesihatanku dan dia menasihati supaya aku hanya berehat dan kembali bekerja apabila sudah benar2 sembuh.
Aku bertegas utk bekerja dan aku terus menyambung kerjaku yg terbantut itu.

Aku memberus dgn lebih kuat pada batu nisan pertama itu dan hasilnya batu nisan itu kelihatan spt baru dan ketika itu terserlahlah tulisan jawi yg tertera akan nama pemiliknya iaitu WAN ROKIAH BINTI WAN HAMZAH,
Lahir 14 Januari 1895,
Ke Rahmatullah 23 Oktober 1993 lalu aku sedekahkan surah Al-Fatihah kpd pemiliknya itu.
Tiba2 aku merasa spt ditiup hembusan angin yg sepoi2 bahasa dan bau hanyir dan hapak mula menyelubungi kawasan tersebut.
Aku memerhatikan sekelilingku utk melihat sama ada terdpt atau tidak  kemunculan tetamu yg tak diundang dan nampaknya tiada sbrg kemunculan di situ.
Tak lama kemudian ketika aku mengambil batu nisan kedua aku secara tidak sengaja telah terlepas cakap dan terungkapkan ayat ini; “Kalau awak cantik awak dtglah tunjuk muka depan sy skrg sbb sy nak berkenalan.”

[KEBODOHANKU BETUL3 TERSERLAH KETIKA ITU.
SEPERTI KATA PEPATAH; KRN PULUT SANTAN BINASA K RNMULUT BADAN BINASA]

Sekujur jasad di dlm jubah berwarna putih g agak rabak spt yg telah menggangguku pada tempoh hari kini berada di depanku. Matanya meliar2 memandangku,
bau darah hanyir yg kuat membuatku mual dan hampir termuntah.
Jari jemarinya yg kasar sudah mula merayap ke mukaku dan aku menggeliat geli sptt ulat bulu dan menggigil ketakutan. Aku cuba utk menendangnya tetapi badanku telah terkunci rapat di situ. Dia menutup mulutku dgn tgn kirinya dan tgn kanannya bergerak ke kiri dan kanan seolah2 memberitahu supaya jgn melakukan sbrg tindakan sekiranya hendak slmt.
Apa yg aku mampu lakukan ketika itu hanyalah membaca segala surah lazim dan ayat Qursi di dlm hati sambil berdoa semoga Allah menyelamatkanku.

Pada waktu itu dia mula mengilai dlm berlagu.
Maksudku dia mengilai membunyikan melodi lagu Tanjung Puteri sambil memintal2 rambutnya dgn tgn kanannya itu.
Dia seolah2 bermain mata dgnku dan tatkala itu raut mukanya mula berubah,
rambutnya yg pada awalnya pjg berserabai mula tersisir rapi,
Jubah yg rabak itu bertukar menjadi baju kurung putih dan ciri2 fizikal seorg manusia sudah mula kelihatan.

Dia sudah bertukar menjadi seorg gadis muda yg mempunyai rupa paras yg agak jelita dan dlm masa yg sama aku sudah boleh bergerak.
Kali ini aku mengambil keputusan utk tunggu dan lihat shj.
Dia membongkokkan badannya lalu mengambil batu nisan yg pertama itu dan mengesat2 permukaan nisan itu dgn tgnnya.
Tanpa byk soal aku memberanikan diriku dgn bertanya ttg identiti dirinya dan dia berpaling memandangku dan berdiri dlm postur yg agak seksi sambil tersipu2 malu mengatakan bahawa dialah pemilik batu nisan tersebut.
Aku terkejut dan kemudiannya…

Aku membuka mata dan kelihatan Wak Farid dan rakan sekerjaku iaitu Fauzi berada di sisiku.
Aku kini berada di dlm bilik Wak Farid.
Aku tanyakan apa yg telah terjadi?
Mrk mengatakan bahawa mrk menjumpai aku di atas pokok Cermai di luar bengkel dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Sblm itu mrk sudah puas mencariku di sekeliling bengkel tetapi kelibatku langsung tidak kelihatan.
Mrk hanya perasan aku berada di atas pokok itu apabila ternampak seliparku berada di bawah pokok tersebut. Penjelasan mrk membuatku menjadi bingung krn sblm itu aku berada di dlm bengkel bersama gadis tersebut.

Aku tanyakan juga adakah mrk ternampak seorg gadis berbaju putih di sekitar bengkel tersebut?
Jwpn yg diterima juga hambar krn mrk tidak melihat sesiapa pun yg berada di situ.
Wak Farid beranggapan mungkin akibat keletihan dan dlm keadaan separa sedar aku telah memanjat pokok itu dan kemudiannya tertidur di situ.
Fauzi hanya mengiyakan shj kata2 Wak Farid itu.
Penjelasan tersebut sgt tidak relevan dan aku taklah sebodoh itu utk tidur di atas pokok.
Aku percaya mungkin ianya ada kaitan dgn langsuir yg sudah bertukar menjadi gadis tersebut.
Aku mengambil keputusan utk menyiasat perkara ini dgn lebih mendlm lagi.

Pada sebelah malamnya hanya tinggal aku seorg shj yg masih berada di bengkel tersebut manakala Wak Farid dan Fauzi sudah pulang terlebih dahulu pada lewat petang itu.
Aku bercadang utk membawa pulang shj batu nisan itu utk disiapkan di rumahku.
Ketika sibuk mengemas aku telah diganggu oleh beberapa ekor pelesit di sekitar itu dan entah dari mana dtgnya seekor pocong tiba2 shj tercongok di atas tangga bilik belakang bengkel itu sambil meranduk kepalanya ke arah dinding di situ.
Aku membiarkan shj tindakan bodohnya itu krn aku tahu dia sdg bosan dan ingin bermain2 dgnku.

Setelah semua brg keperluanku dikemas,
aku mengunci pintu bengkel tersebut dan menghidupkan enjin motor EX5 cabukku dan pulang ke rumah mengikut jln pintas krn pada waktu tersebut jam sudah menunjukkan pukul 11 malam.
Utk menghilangkan rasa bosan aku menyanyikan lagu Seroja dgn penuh penghayatan dan tatkala itu juga aku merasakan spt ada sesuatu yg sdg menumpang motorku.
Aku mengintai melalui cermin sisi kanan dan aku mendapati seekor pocong sdg duduk bertenggek di belakangku.
Aku yakin itu adalah pocong yg aku temui semasa di bengkel tadi.
Aku membiarkan sahaja dia bertenggek di situ dan kami bersama2 merempit sambil meredahi mlm yg dingin itu.

Tak lama kemudian aku berhenti di tepi sebuah warung utk singgah membeli makanan malamku.
Aku terkejut apabila beberapa org pemuda sdg menjerit3 spt beruk ke arahku dan mrk semuanya berlari bertempiaran.
Aku tersengih melihat gelagat mrk dan pada firasatku mrk semua mungkin ternampak kehadiran pocong ini.
Aku perhatikan tali pengikat kepalanya dan sah ianya adalah seekor pocong tua yg sdg kebosanan dan perlukan teman utk bermain.
Tanpa membuang masa aku terus hadiahkan bacaan ayat Qursi sambil menghembus-hembus ke mukanya.

Dia hilang dan terus lesap di dlm kegelapan mlm itu. Aku teruskan  pulang setelah selesai membeli makanan dan sesampainya di rumah aku membasuh kaki dan memberikan salam sebanyak tiga kali sblm masuk ke dlm rumah supaya syaitan tidak mengikut sama masuk ke dlm rumah.
Itu adalah petua yg telah diajar oleh Tok Wan dan ustazku sekiranya ingin masuk ke dlm rumah.

Leherku mula berdenyut kembali lalu aku menelan dua biji pil penahan sakit bagi menghilangkan kesakitan itu.
Batu nisan yg pertama sudahku siapkan dan batu nisan kedua juga hampir siap,
aku hanya perlu mengelapnya shj. Akhirnya pada tepat jam 1 pagi aku berjaya menyiapkan kerjaku.
Aku membalut batu  nisan tersebut dgn surat khabar dan aku letakkannya di tepi sofa ruang tamu.
Jam sudah melewati 1.30 pagi dan aku masih terjaga lagi.
Sukar utk aku melelapkan mataku krn terkenangkan masalah yg sdg dihadapi dan dlm masa yg sama aku juga terfikir apakah yg akan terjadi sekiranya hasil ujian tersebut membuktikan bahawa aku benar2 menghidap penyakit Leukimia?
Adakah aku sempat menjejakkan kaki ke universiti?
Sempatkah aku mempunyai awek, berkerjaya,
dan berkeluarga?

Terlalu byk persoalan yg bermain di minda ketika itu.
Akibat kesukaran utk tidur aku membuka tingkap jendela,
aku bakar sbtg rokok Dunhill lalu aku menghisapnya sambil ditemani angin malam. 
Lega dan begitu damai rasanya.
Sesudah itu,
aku menutup tingkap jendela dan aku terkejut apabila terlihat gadis berbaju kurung yg aku temui di bengkel pada waktu siangnya sdg duduk bersimpuh di atas katilku.
Langsuir berada di dlm bilikku!
Aku diam dan mataku tidak terlepas dari memandangnya.
Aku bimbang jikalau dia bertukar menjadi langsuir.
Gadis tersebut mula menyanyikan lagu Seroja dlm nada lembut sambil memandangku.
Aku syak dia telah mengekoriku sejak dari bengkel lagi krn lagu tersebut telah aku nyanyikan ketika merempit pulang tadi.

Renungannya yg manja membuatkanku terlentok2 khayal sambil memandang wajahnya yg jelita itu.
Aku mula terpukau.
Dia berdiri dan berjln menghampiriku.
Jantungku berdegup dgn kencangnya dan hati juga menjadi tidak keruan apabila dia kini berdiri bertentangan dgnku.
Dia merapatiku dan dia mula memelukku.
Keharuman tubuhnya spt bauan bunga mawar membangkitkan nafsuku.
Kepalanya disandarkan di bahuku dan genggaman tersebut semakin erat.
Sblm terjadinya sbrg perkara yg dilaknat oleh Allah,
aku menampar mukanya dan menolaknya jatuh terjelepuk ke atas lantai.
Aku masih boleh berfikir secara waras.
Aku seorg manusia dan dia adalah seekor Langsuir yg menjelma menjadi seorg gadis.
Mana mgkn aku blh menjalinkan sbrg hubungan dgnnya apatah lagi melakukan perbuatan maksiat tersebut?

Dia terduduk di atas lantai dan mula menangis.
Matanya kelihatan merah,
air mata darah bercucuran ke atas bajunya.
Bajunya mula dikotori dgn darah tersebut dan utk meredakan keadaan aku mengambil kain pengelap kaki dan mengesat air matanya sambil memujuknya. Dalam tersedu2 dia bertanya knp aku mengasarinya?
Aku hanya mendiamkan diri.
Dia menjelaskan dia hanya ingin berdamping denganku dan ingin dikasihi shj.
Entah knp pada waktu itu aku merasa cukup kasihan padanya.
Melihatkan wajahnya yg ayu sambil menangis itu menimbulkan suatu perasaan yg agak ganjil bagiku.
Dia menangis dan terus menangis.
Walaupun begitu aku bknlah sebodoh itu utk termakan tangisan pujukan rayu seekor langsuir.
Utk tidak membuang masa aku terus bertanyakan identiti dirinya yg sbnr dan tujuan dia menganggu dan menyakitiku sebelum ini.

Jepn yg diterima agak mengejutkan dan tidak masuk akal.
Dia mengaku bahawa dialah Wan Rokiah iaitu pemilik batu nisan tersebut
Dia sedih krn kuburnya merangkap rumahnya telah dicerobohi.
Dia semakin geram apabila batu nisan tersebut dibawa ke hulu ke hilir tanpa keizinannya.
Oleh sebab itu dia menyerangku pada tempoh hari.
Selagi batu nisan tersebut tidak kembali ke tempat asalnya selagi itu dia bersumpah akan menggangguku.
Aku memberitahunya bahawa batu nisan tersebut telah aku bersihkan dan aku blh membantu mengembalikan batu nisan tersebut ke tempat asalnya dgn syarat dia menghilangkan kesengsaraan yg ditanggung di leherku dan tidak akan menggangguku lagi setelah semuanya selesai nanti.

Dan aku pinta kpd nya supaya jangan sesekali menjelma dlm bentuk asalnya (Langsuir) di depanku.
Aku takut, seram,
dan boleh pengsan sekiranya dia berubah bentuk.
Syarat tersebut dipersetujui.
Sbnrnya sebagai seorg Muslim aku langsung tidak percaya bahawa dia adalah arwah Wan Rokiah krn roh manusia sudah berada di alam barzakh dan dia hanyalah seekor jin yg difitrahkan menjadi seekor Langsuir.
Tempat persinggahan kita semua selepas mati adalah di Alam Barzakh dan bknnya di dunia lagi.
Di situlah terletaknya altar egonya apabila mengaku prnh menjalani kehidupan sebagai seorg manusia yg bernama Wan Rokiah ttp menjadi Langsuir akibat membunuh diri.

Pada pagi tersebut aku telah ke bengkel dan membawa bersama batu nisan itu utk diberikan kpf Wak Farid.
Aku menyuruhnya utk menghubungi pelanggan wanita tersebut secepat mungkin utk memaklumkan bahawa batu nisan tersebut sudah siap dibersihkan.
Pada tengahari tersebut,
pelanggan wanita itu iaitu Hajah Aini telah dtg ke bengkel utk mengambil batu nisan itu.
Aku menawarkan diriku utk membawa dan meletakkan kembali batu nisan tersebut ke tempat asalnya krn batu tersebut berat dan disamping itu aku perlu mengotakan janjiku pada langsuir tersebut supaya hidupku aman tanpa gangguannya lagi.
Aku mengikut shj kereta Hajah Aini dari belakang dgn motor cabuk ku ini.

Sesampainya di tanah perkuburan itu,
aku terus berwuduk dan menyedekahkan bacaan surah Al-Fatihah,
surah 3 Qul,
dan surah Yaasin kpd arwah Wan Rokiah dan utk seluruh penghuni tetap di tanah perkuburan itu.
Aku kemudiannya memulakan tugasku dgn memacak batu nisan dibahagian kepala kemudiannya disusuli pula dgn batu nisan dibahagian kakinya.
Janji yg dimeterai sudahku kotakan.
Hajah Aini adalah anak sulung kpd arwah Wan Rokiah dan dia menyatakan bahawa sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke kubur ibunya krn kesibukan kerjanya sblm ini.

Aku tidak menceritakan peristiwa yg telah berlaku kpd ku sepjg proses menyiapkan batu nisan tersebut kepadanya.
Aku tersenyum apabila dia mengatakan bahawa ibunya dahulu adalah seorg guru pengajar Al-Quran di kampung itu dan sgt fasih berbahasa Arab semasa hayatnya dahulu.
Ayat2 dan tafsir Quran sentiasa bermain di mulutnya.
Ibunya meninggal dunia akibat sakit tua ketika usianya hampir 100 tahun.
Fahamlah aku ketika itu bahawa mmg benarlah si langsuir tersebut hanya berdusta dan menyamar menggunakan nama arwah Wan Rokiah.

Pada mlm tersebut aku telah pergi ke kubur itu kembali utk menuntut janjiku.
Aku memanggil2 empunya langsuir yg mengaku dirinya sebagai Wan Rokiah itu.
Dgn berbekalkan lampu suluh aku menyuluh ke segenap ruang di kawasan kubur Wan Rokiah utk mencari gadis tersebut.
Bau bunga mawar mula menusuk hidungku dan aku yakin dia kini berada di situ.
Aku memanggil lagi nama tersebut dan kemudiannya bahuku spt dicuit sesuatu.
Dia kini berada di sebelahku.
Aku suluh wajahnya.
Ya Allah…
Ayunya wajahnya.
Sambil tersenyum dia berterima kasih lalu menyentuh leherku itu.
Pada waktu itu aku berasa leherku spt gatal2,
dan aku biarkan shj tgnnya memicit2 leherku.

Sambil itu aku terus merenung wajahnya dlm dan aku spt terpukau dan terpana dgn kecantikan wajahnya itu.
Sejurus selepas itu dia mengatakan bahawa semuanya sudah selesai dan aku sudah pulih dan dia berjanji utk tidak menggangguku lagi. Lega aku mendgr penjelasan tersebut.
Aku terfikir juga knp dia begitu cantik?
Knp apabila dia berubah menjadi langsuir rupanya sgt buruk dan ngeri?
Aku langsung tidak berasa seram dan gerun dgn dirinya skrg ttp sekiranya dia berubah ke rupa asalnya aku yakin aku blh pengsan dan trauma.
Aku mohon utk pulang dan utk kali terakhirnya aku menatap wajahnya yg ayu jelita itu.
Slmt tinggal si langsuir si gadis ayu si penyamar Wan Rokiah Binti Wan Hamzah.

Keesokannya aku dan ibuku terus ke hospital utk mengetahui ttg keputusan penyakitku itu.
Aku tidak lagi merasa sakit dan ketulan2 tersebut juga sudah tiada.
Walau bagaimana pun debarannya tetap ada ktn sebagai seorg manusia aku harus menerima hakikat bahawa ujian yg dilakukan oleh doktor itu lebih terperinci krn mrk adalah pakar di dlm bidang tersebut dan mrk mempunyai peralatan yg moden lagi canggih utk mengenal pasti setiap jenis penyakit yg wujud.
Masa yg ditunggu sudah tiba.
Namaku dipanggil dan aku kini berada di depan doktor pakar ENT tersebut iaitu Dr. Julian.

Menurutnya hasil drpd ujian yg telah dilakukan aku tidak menghidap sbrg penyakit,
darahku bersih,
Platelet darah berada pada tahap normal, begitu juga dgn sampel air liurku.
Dia memeriksa leherku sekali lagi dan terkejut apabila kesan lebam dan nodus limfa yg membengkak sblm ini sudah tiada.
Aku menjerit keriangan dan bersyukur pada Allah krn melindungi dan menyelamatkan ku buat kesekalian kalinya.
Aku tiada Leukimia. Alhamdulillah.

Oh ya,
sejak dari hari itu gadis tersebut tidak lagi kutemui dan aku yakin dia tidak berani utk muncul di depanku lagi krn janji tersebut sudah terikat mati di antara aku dgnnya.
Aku pasti bahawa gadis tersebut sudah bertukar ke bentuk asalnya dan masih berada di situ.
Walau bagaimana pun aku masih lagi terserempak dgn langsuir lain dan pelbagai musibah pernah menimpaku akibat gangguan dari mrk.
Kisah itu akan aku ceritakan di edisi yg lain.
Terima kasih aku ucapkan kpd korg krn mampu membaca cerita ini sehingga ke penghujungnya. Hingga bertemu lagi kita di edisi lain. Jazzakalah Kr Kt.

No comments:

Post a Comment