Ni berdasarkan yg aku tnya shj. So maybe ada yg kurang, maybe ada jgk yg dh tau.
*IPG ( Institut Pendidikan Guru )*
Ipg ni dia 100% under kpm. Jd klau nak mohon, perlu mohon dekat website kpm sndiri iaitu http://www.moe.gov.my . Boleh mula mohon awal bulan mac nnti sbb skrg masih belum buka lg. Permohonan akan ditapis berdasarkan kelayakan dan kriteria yg telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yg terpilih lepas tu mesti menduduki dan lulus Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). Mase ukcg ni lah yg akan ada test fizikal mcm lari smua tu. Utk setiap bidang yg diambil lain ujian ukcg. Contohnya kalau apply utk cg bahasa arab/pai akan ada test mengaji dan hafalan Al-Quran. Klau apply utk sains/maths paling sikit ukcg test. Dan klau utk guru pjk lebih sdkit ujian kecergasan dia. IPG ni hanya melatih bakal guru sekolah rendah shj ( termasuk prasekolah )
*Bidang pengkhususan yg ditawarkan*
⭕ bahasa melayu
⭕ bahasa inggeris
⭕ bahasa arab
⭕ bahasa tamil
⭕ bahasa cina
⭕ bahasa Iban
⭕ bahasa Kadazandusun
⭕ pendidikan jasmani
⭕ pendidikan Islam
⭕ pendidikan seni visual
⭕ pendidikan muzik
⭕ pendidikan pemulihan
⭕ pendidikan khas
⭕ pendidikan awal kanak2
⭕ sejarah
⭕ reka bentuk dan teknologi
⭕ matematik
⭕ sains
⭕ bimbingan dan kaunseling
*syarat kelayakan asas*
- warganegara malaysia
- sihat tubuh badan
- aktif dlm koko
- gred cemerlang dlm mana2 lima matapelajaran dalam spm
- dpt sekurang-kurangnya gred kepujian dalam bm dan sejarah
- lulus bahasa inggeris
- memenuhi syarat bidang pengkhususan ( yg ni perlu rujuk syarat bidang pengkhususan masing2 dlm permohonan online )
Jdi, andai kata dh lulus smua, ukcg dan temuduga anda akan mengikuti *Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan(PPISMP)* pula. Program ni dikhususkan utk melatih bakal guru di ipg dlm pelbagai bidang pengkhususan selama 12 bulan/2 sem di ipg yg ditetapkan oleh kpm. Lepas lulus PPISMP barulah pemohon akan ditawarkan utk mengikuti pengajian *Prougram Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)* selama 4tahun/8 semester di ipg. Lepas lulus PISMP brulah dpt degree dan akan posting jd guru.
Ada bnyk lagi sbnrnya program lain bawah kpm, tapi ini yg paling biasa utk jdi guru bwh ipg.
No comments:
Post a Comment